Saturday 5 July 2014

Aneka Kuih Talam..



Assalamualaikum!

huhhhh lamanya tak menulis resepi kat sini.. hari ni rajin sikit nak buat catatan, bukan je nak share dengan uolls tapi sebagai rekod peribadi jugak kannnn

untuk yang baru berjinak-jinak nak meNalam boleh la cuba try test buat yaaa

tapi ni resepi paling ringkas dan uolls boleh lah tambahkan apa-apa perisa cam keladi, jagung, nangka, durian, labu atau apa-apa je lah.. sukatannya agak-agak je lah dalam secawan je.. ada dua jenis talam yang akak biasa buat.. kalu uolls suka rasa tepung beras, boleh guna resepi tepung beras atau yang suka rasa kenyal sikit boleh cuba resepi tepung gandum..

wokey!

 jom layannn

Talam Tepung Beras

180gm gula pasir
1 paket serbuk santan
180gm tepung beras
70gm tepung gandum
70gm tepung jagung
750ml air paip
1 sudu teh garam
1 sudu teh pewarna
1 sudu teh perasa buah-buahan

Talam Tepung Gandum

250gm gula pasir
1 paket serbuk santan
250gm tepung gandum
50gm tepung jagung
50gm tepung ubi
1 biji telor
800ml air paip
1 sudu teh garam
1 sudu teh pewarna
1 sudu teh perasa buah-buahan

cara buatnya.. blander semua bahan, tapis dan masukkan dalam talam yang telah dilapiskan plastik nasi lemak.. pastu kukus laaa 30 minit untuk talam 12'x12' atau 1 jam untuk talam 8'x8'.. api nya jangan kuat sangat nanti talamnya jadi kolam ikan pulak hehehe...  

selamat mencubaaaa

Wednesday 15 January 2014

Seri Muka.. Kasui.. Kuih Lapis.. Apam Beras.. Pulut Panggang.. Karipap.. Donut.. Bahulu..




Assalamualaikum ...
Dah masuk pun tahun baru, so hari ni kak fiza nak share resepi-resepi kuih yang dah akak try sepanjang minggu-minggu terakhir tahun lalu.. nampak biasa aje kan kuih-kuih ni.. tapi bagi yang tak pernah try, apa kata try sekali membuatnya.. terutamanya yang baru kahwin tuuu apa kata try test selera suami.. kot-kot cara ni, boleh pikat perutnya.. hehehe cukup lima tahun nanti murah rezeki sama-sama la perut maju ke depan.. hahaha cam laki aku jugak!!!




Seri Muka

Lapisan Bawah :
500gm beras pulut rendam 2 jam
400ml santan cair
garam secukupnya

Lapisan Atas :
2 biji telor
100gm tepung gandum
100gm gula halus
30gm tepung jagung
30gm tepung ubi
2 camca teh garam
500ml santan cair
pewarna
perasa pandan



Kasui

700ml air
120gm gula merah
50gm gula pasir
170gm tepung gandum
50gm tepung ubi
2 camca teh garam
1 sudu teh kicap manis
1 sudu teh minyak masak
2 sudu besar air kapur
1/2 biji kelapa parut putih


Kuih Lapis

700ml santan cair
150gm gula pasir
180gm tepung beras
70gm tepung gandum
70gm tepung jagung
20gm tepung ubi
2 camca teh garam
pewarna
perasa sirap


Apam Beras

1 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
280ml air
8 sudu besar gula
1 sudu besar yis segera
1 camca teh garam
pewarna
1/2 biji kelapa parut putih



Pulut Panggang

sila rujuk resepi pulut udang


Karipap

1 kilo tepung gandum
2 sudu besar margerin
2 sudu besar shortening
1 camca teh garam
air secukupnya

Inti Pedas :
1 kilo kentang
3 tangkai daun kari
2 genggam udang geragau
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
2 senduk nasi rempah kari
1/2 sudu besar serbuk cili
2 sudu besar gula
garam secukupnya
1 cawan minyak masak



Donut

500gm tepung gandum
3 sudu besar margerin
2 sudu besar bread softener
1 biji telor
250ml air
2 sudu gula
1 paket mauripan

Bahulu Ikan

4 biji telor gred A
130gm gula halus
130gm tepung gandum
1/2 camca teh garam
minyak masak - gris

Bahulu Cermai

3 biji telor gred A
100gm gula halus
100gm tepung gandum
1/2 camca teh garam
minyak masak - gris


Sunday 15 December 2013

Mee Jawa..



Assalamualaikum.. 
semalam kak fiza masak mee jawa.. ada orang kata mee rebus, tapi bila kak fiza makan mee rebus kat kedai, rasanya tak sama langsung.. kuah mee rebus rasa rempahnya agak mild sikit tapi kuah mee jawa rasanya lebih strong.. lebih umpphhh.. jom layan resepi kuah nyaaaa

Mee Jawa


Bahan-Bahannya :

Kisar duluuuu

5 ulas bawang kecil
3 ulas bawang putih
1 inci halia
2 sudu besar lada hitam
1 sudu teh jintan manis disangai
1 sudu teh jintan putih disangai
50gm udang kering 

bahan yang tak perlu dikisar:

1 batang kayu manis
1 sudu teh buah pelaga
1 kiub ayam
1 sudu besar serbuk cili merah
3 sudu besar serbuk kari
1 sudu teh asam jawa
2 biji ubi kentang
2 liter air
50gm tepung gandum
5 sudu besar gula
garam secukupnya
1 cawan minyak masak

cara masaknya:

panaskan minyak dan masukkan kayu manis dan buah pelaga.. bila naik bau baru masukkan bahan-bahan yang dah dikisar tadi.. bila agak-agak dah garing baru masukkan serbuk cili dan serbuk kari.. tumis hingga pecah minyak dan kemudian masukkan air dan bahan-bahan lain.. ubi kentang tak perlu direbus dulu, cukup kalu di blander dengan air aje.. bila dah mendidih masukkan tepung gandum yang dah di bancuh dengan air.. make sure bancuhan tepung ni cair yaaa kalu tak nanti berketul-ketul bila dicampur dalam kuah tadiii.. masa didihkan kuah tu seeloknya ditutup periuknya supaya bau kuahnya lebih harummm.. bila dah nampak pekat boleh lah tutup api dan start hidang.. bahan-bahan lain, ikut uolls la yaaaa

try.. jangan tak try..







Wednesday 11 December 2013

Satey Ayam.. Kuah Kacang.. Sup Ayam..



Assalamualaikum.. 
jom tengok resepi baru yang kak fiza cuba sehari dua yang laluuu.. nampak macam sedapkan.. rasanya nya pun sodappppppp.. untuk sate ayam ni akak pakai ayam yang saiznya 1.98kg hehehe 2 kilo la tu kannn.. bila dah siap cucuk kat lidi dapat 65 cucuk.. setakat ni baru bakar 25 cucuk dan masih ada 40 cucuk lagi dalam freezer.. kuahnya pun ada lagiii punnn dalam freezer.. so uolls! kalau rasa nak try buat sendiri jom layan resepinyaa


Sate Ayam + Kuah Kacang

Bahan-Bahannya :

2 kilo daging ayam dah siap potong ikut saiz yang dikehendaki

Bahan Perapan :

6 ulas bawang kecil
4 ulas bawang putih
4 biji buah keras
5 sudu teh serbuk kunyit
2 inci halia
2 inci lengkuas
4 batang serai
2 sudu besar ketumbar disangai
1 sudu besar jintan manis disangai
1 sudu besar jintan putih disangai
8 sudu besar gula
4 sudu besar minyak masak

semua bahan ni dikisar dan perap dalam 1-2 jam.. kak fiza gunakan masa ni untuk masak kuah kacangnyaaa... so jom layan resepi kuah kacang pulakkk


Bahan-Bahannya :

1 kilo kacang tanah goreng dikisar bersama 2 liter stok ayam
1 cawan air asam jawa
100gm udang kering kisar
3 senduk gula pasir
1 senduk gula merah
2 sudu besar kicap pekat
garam secukup rasa

semua bahan diatas di didihkan dengan api perlahan..

Bahan Tumisan :

10 ulas bawang kecil
5 ulas bawang putih
1 inci belacan
1 inci kunyit hidup
1 batang serai
1 inci halia
1 inci lengkuas
1 cawan cili giling
1 mangkuk minyak masak

tumis hingga garing dan baru dicampur ke dalam kuah kacang tadi.. dan didihkan sehingga naik minyak eheh silap pecah minyak.. kalu rasa pekat sangat tambah air yaaa .. bila dah siap boleh la hidang dengan ayam yang dah dibakar.. tapi kalu uolls takde pemanggang tak ajaib hehehe uolls boleh goreng je ayam cucuk ni dulu ala-ala deep fry.. tapi janganlah sampai lidi-lidi pun di frying sekaliiii hummm pastu bila agak-agak brownie hahaha OMEng baru keluarkannn dan nak sedap lagiii lepas goreng tuuu bakar sikit atas api gas kalu nak wangi lagi renjis sikit minyak masak gunakan serai titek tuuu ala ala kedaiii style.. Ok! 

Nak resepi sup ayam rempah ratus asli tak? senang sangat buatnya... jom layannn 

Sup Ayam Rempah Ratus Asli


Bubur Nasi Ayam


Bahan-Bahannya :

1 ekor ayam potong 12
6 biji ubi kentang potong 2

bahan untuk dikisar :

5 ulas bawang kecil
3 ulas bawang putih
6 biji buah keras
1 inci halia
2 batang serai
1 sudu besar lada hitam
1 sudu kecil jintan manis disangai
1 sudu kecil jintan putih disangai
1 sudu kecil ketumbar disangai

bahan yang tak perlu dikisar :

1 batang kayu manis
4 tangkai bunga cengkih
3 biji bunga lawang
6 biji buah pelaga

cara masaknya :

panaskan 1 cawan minyak masak dan masukkan semua bahan yang tak perlu dikisar dahulu.. tumis hingga naik bau baru masukkan bahan yang telah dikasar tadiiii tumis hingga pecah minyak dan nampak garing.. kemudian masukkan air dalam 2-3 liter ... kacau sebati dan masukkan ayam dan ubi kentang tadiii didihkan dengan api perlahan.. seeloknya tutup periuknya biar wap terkumpul dan bau supnya nanti lebih harummm ... bila ubi kentang dah empuk maknanya ayam dah masak.. masukkan garam secukupnya dan siapppp! masa hidang boleh la taburkan daun ketumbar dan bawang goreng dan kalu yang suka rasa masam-masam sikit boleh perahkan limau kasturiiii 
Okey!!! selamat mencubaaaa




Wednesday 4 December 2013

Kuih Keria.. Kuih Koci..



Assalamualaikum selamat malam !!!

jom tengok kueh apa akak masak malam nii


Kuih Keria @ Kuih Gelang


Kuih Keria

500gm keledek rebus
1 cawan tepung gandum
60gm tepung ubi
1 sudu besar margerin
2 sudu teh garam

Untuk Sira :
2 sudu besar gula
3 sudu besar air   


sedia untuk di kukus

kuih ni mengembang ketika di kukus so make sure daun tu biar besar sikit, ni darurat time.. daun takde stok.. tapi untuk makan sendiri boleh aje.. jangan buat niaga pulak kalu rupa cam ni.. gelak dek orang aje nantiii

Kuih Koci 

1 1/2 cawan tepung pulut
1/2 cawan tepung pulut hitam (optional)
1 1/2 cawan air (anggaran)
garam secukupnya
minyak kelapa oles atas daun
   
Inti Kelapa :
1 cawan gula pasir
3 sudu teh garam
1/2 cawan air
1 1/2 biji kelapa
1 sudu besar tepung gandum
  

Sunday 24 November 2013

Ketayap.. Apam Seri Ayu.. Pau Kukus.. Bom Bijan.. Apam Gula Hangus..



Salam.. selamat pagii
pagi pagi minggu ni terasa nak update blog walaupun bukan ada benda menarik yang nak ditulis.. saja aje nak share resepi kueh mueh yang kak fiza buat sepanjang minggu nii.. mungkin ada diantara juadah ini yang dah biasa korang makan atau mungkin dah biasa buatnyaa.. tapi kalu yang belum tau nak membuatnya boleh lah cuba ya.. terutamanya hari minggu ni sesuai sangat la kalu ada yang nak buat untuk diFrozenkan.. so bila dah penuh stok dalam freezer mudah la kannn bangun pagi nanti hanya perlu digoreng atau dikukuskan sahaja.. kak fiza buat kebanyakkannya untuk mudah kan en.suami untuk bawa bekal gi kerja.. secara tak langsung kak fiza yang duk rumah pun ada la benda yang nak dijamah setiap pagiii.. so kalau rajin jom try resepi resepi ni ya..



Kueh Ketayap

Bahan - bahannya :
1 cawan tepung gandum
1 biji telor
2 sudu besar santan pekat
1 senduk nasi minyak masak
1 cawan jus pandan
garam secukupnya

kak fiza campurkan semua bahan ni dalam bekas kacau dan tapis.. dalam kuali panas sapukan minyak kelapa dan masukkan 1 senduk bahan bancuhan.. ratakan biar nipis bakar jangan sampai garing sangat takut nanti pecah bila nak digulung.. agak agak masak je..

Inti Kelapa

Bahan - bahannya :
1 cawan gula merah
1 cawan gula pasir
3 sudu teh garam
1 1/2 biji kelapa parut
1 sudu besar tepung gandum

cara masak inti ni mudah je gaulkan semua bahan inti dalam kuali masak hingga kering kemudian masukkan tepung gandum untuk bolehkannya melekat bila dikepalkan
 


Apam Seri Ayu

Bahan - bahannya :
4 biji telor
2 cawan gula halus
1 sudu besar ovelate
1/2 camca teh garam

bahan diatas harus dipukul hingga kembang sampai ringan macam buat kek tuuu pastu baru masukkan bahan dibawah ni

2 cawan santan pekat
3 cawan tepung gandum
1 sudu teh perasa pandan
1/2 sudu teh pewarna 

pukul lagi sampai sebati dan sementara tu panaskan juga acuan yang dah di gris dengan minyak masak

1 cawan kelapa parut putih
2 sudu besar tepung jagung
1/2 camca teh garam

gaul bahan ni dan masukkan anggaran 1/2 sudu dalam acuan dan tekan dengan sudu pastu baru masukkan bancuhan tadi.. isi penuh dalam acuan ya.. kukus dalam 15 minit



Pau Inti Kelapa

Bahan - bahannya :
1 paket yis segera Mauripan
250ml air
50gm gula halus

rendam bahan diatas dalam 30 minit..

500gm tepung Pau / Hong Kong
2 sudu besar bread softener
2 sudu besar bread improver
40gm shortening
1 camca teh garam halus

gaul bahan ni dan masukkan bahan rendaman tadiii dan uli hingga sebati dan rehatkan dalam 2 jam hingga saiz menjadi 2 kali ganda.. selepas tu tumbuk untuk buang anginnya dan boleh start bentukkan doh dan isikan intinya.. rehatkan lagi 10 minit sebelum dikukus dalam 15 minit



Kueh Bom

Bahan - bahannya :
250gm tepung pulut
3 sudu besar tepung gandum
3 sudu besar tepung beras
garam dan air secukupnya

gaul dan bentukkan menjadi doh

Inti Kelapa : 
kepalkan dahulu dan isikan dalam doh yang dah dibentuk tadi.. bulatkan dan golek atas bijan.. goreng dengan api yang perlahan..



Apam Gula Hangus

Bahan - bahannya :
1 cawan gula pasir
2 biji telor
1 cawan air
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 camca soda bikabonat
2 sudu besar susu pekat
2 sudu besar minyak masak

pukul telor dan gula hingga kembang dan campurkan bahan selebihnya.. panaskan acuan yang di gris minyak masak dan kemudian masukkan bancuhan ni anggaran 2/3 saiz acuan dan kukus 15 minit

Okey !!! Selamat Mencubaaa





Wednesday 13 November 2013

Pulut Getas.. Pau Sambal..



Assalamualaikum..
pagi pagi lagi dah bangun nak siapkan kuih.. jam 4.30am tuuu siap sekali masak nasi untuk makan tengahari.. jam 6.30am siap semuanyaaa... 
macam ni laa jadual pagi kak fiza.. siap je solat terus mendobiii sambil sambil tu sapu rumah sikit-sikit, tak kotor mana punnnn bukan ada budak dalam rumah niii pendek kata bersih sokmo hehehe perasan pulakkk
sarapan pagi hari niii kueh pau sambal dan semalam pulak kueh pulut getas.. tak buat banyak pun sekadar untuk bekalan en. suami gi kerja dan untuk makan sendiriii sambil tonton Malaysia Hari Ini.. 
so pagi ni kak fiza nak share resepinyaaa kalu rajin cuba try test buat sendiriii Okeyy!

 Kueh Pulut Getas

1 cawan tepung pulut
1 cawan tepung gandum
1 cawan kelapa parut putih
1/2 camca teh garam
air secukupnya

uli sampai menjadi doh.. bentukkan dan goreng

untuk siranya :

1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan air
1/2 camca teh garam

masak hingga gula bertali baru masukan kueh tadi.. mati kan api dan terus gaul hingga gula kering.. pada yang takut manis boleh guna gula halus macam donat tuuu pun sodap!


 Kueh Pau Sambal

1 cawan tepung gandum
1 sudu besar margerin
1 sudu besar bread softener
1 sudu besar gula
1 sudu besar yis segera
120ml air suam

rendam dulu yis dalam air dan gula dalam 1/2 jam kemudian baru campurkan dalam bahan tepung tadi.. perap dalam 2 jam hingga saiz 2 kali ganda.. tumbuk tumbuk buang angin dan boleh start buat doh ikut saiz kehendak sendiri.. kalu ikut resepi ni boleh dapat 8 biji pau.. sesuai sangat la untuk suami isteriii pastu biarkan doh tadi dalam 10 minit sebelum digoreng.. sambalnyaaa malas nak citer laaa korang mestiii dah tererrr kan buat sambal ikan bilis!
 

Sunday 10 November 2013

Apam Beras..



Assalamualaikum.. 
salam pagi ahad.. mlm tadi tido lambat.. kul 1.30am pun masih berFb lagi.. bukan apaaa sebab terasa nak jadi Penungguuu Kihhh Kih Kih Kih Kih.. menunggu apam masak kukus kukus kukus hehehe maklumlah hari ahad niii jarang jumpa penjaja kueh on the way ke tempat kerjaaa tapi bukan akak yang keluar gi kerjaaa en suamiii so masak apa yang pandai je lah asal boleh buat bekal lagi pun cara ni lah nak tunjuk bakat kat suamiii kannn 
Resepi hari niiii Apam Beras ringkas je bahannyaa kasi gaul semuanya sekali pastu biarkan dalam 2 jam hingga 3 jam.. tapi orang kata kalu nak cunnn lagi bancuh malam dan kukus esok pagiii itu kalu nak relek relek laaa tapi kalu 6.30am dah nak gi kerja baik masak malam terusss pagiii nanti sejuk mudah nak potong.. 
Okeyyy pada yang nak try buat tuuu wish u Good Luck!


Apam Beras


1 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
1 1/4 cawan air
8-10 sudu besar gula
1 sudu besar yis
1/2 camca teh garam
pewarna
 kelapa parut putih




Saturday 2 November 2013

Pulut Udang.. Cucur Badak.. Che Mek Molek.. Kasturi.. Talam Beras..



Assalamualaikum.. 
hai uolls! kak fiza minggu ni kerajinan tahap maksimum.. dan hasilnya ni lah diaaa puas makan kuehhh.. 
Alhamdulillah resepi yang ada nampaknya baik-baik belaka.. thank you so much pada penulis-penulis blog masakan kat Malaysia ni, tanpa anda tak menjadilah perancangan kak fiza niii "in the process of making frozen foods" semua kuih-kuih ni boleh di frozen kan.. kecuali talam beras.. 
so uolls! kak fiza nak share resepinya tapi kalu nak tau step by stepnya, google google la yaaa kak fiza pun main campak campak je dah namanya pun kueh tradisional so tak perlulah nak ikut peraturan sangat tapi kalu malas nak buat.. 
order jeaaaaaaa



Pulut Udang

500gm beras pulut
400ml santan cair
1 camca teh garam

Inti Pedas
1/2 biji kelapa parut
6 tangkai cili kering
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 batang serai
1/2 camca teh jintan putih
1/2 camca teh jintan manis
1 camca teh ketumbar
10 biji lada hitam
1 camca teh serbuk kunyit
20gm udang kering
gula/garam secukupnya 



Cucur Badak

500gm keledek rebus
250gm tepung gandum
60gm tepung ubi
garam secukupnya

filling : inti pedas
 
Che Mek Molek

resepinya sama je dengan cucur badak.. 
filling : gula pasir



Kuih Kasturi

1 1/2 cawan kacang hijau rendam semalaman
3 cawan air untuk merebus
1 cawan gula pasir
1 biji kelapa parut
3/4 cawan tepung gandum
garam secukupnya 

Batter nya ...
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung jagung
1 camca teh serbuk kunyit
garam secukupnya 



Talam Beras

1 cawan tepung beras
2 cawan santan sederhana
3/4 cawan gula
2 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
1 camca teh garam
perasa/pewarna ros