Salam.. selamat pagii
pagi pagi minggu ni terasa nak update blog walaupun bukan ada benda menarik yang nak ditulis.. saja aje nak share resepi kueh mueh yang kak fiza buat sepanjang minggu nii.. mungkin ada diantara juadah ini yang dah biasa korang makan atau mungkin dah biasa buatnyaa.. tapi kalu yang belum tau nak membuatnya boleh lah cuba ya.. terutamanya hari minggu ni sesuai sangat la kalu ada yang nak buat untuk diFrozenkan.. so bila dah penuh stok dalam freezer mudah la kannn bangun pagi nanti hanya perlu digoreng atau dikukuskan sahaja.. kak fiza buat kebanyakkannya untuk mudah kan en.suami untuk bawa bekal gi kerja.. secara tak langsung kak fiza yang duk rumah pun ada la benda yang nak dijamah setiap pagiii.. so kalau rajin jom try resepi resepi ni ya..
Kueh Ketayap
Bahan - bahannya :
1 cawan tepung gandum
1 biji telor
2 sudu besar santan pekat
1 senduk nasi minyak masak
1 cawan jus pandan
garam secukupnya
kak fiza campurkan semua bahan ni dalam bekas kacau dan tapis.. dalam kuali panas sapukan minyak kelapa dan masukkan 1 senduk bahan bancuhan.. ratakan biar nipis bakar jangan sampai garing sangat takut nanti pecah bila nak digulung.. agak agak masak je..
Inti Kelapa
Bahan - bahannya :
1 cawan gula merah
1 cawan gula pasir
3 sudu teh garam
1 1/2 biji kelapa parut
1 sudu besar tepung gandum
cara masak inti ni mudah je gaulkan semua bahan inti dalam kuali masak hingga kering kemudian masukkan tepung gandum untuk bolehkannya melekat bila dikepalkan

Apam Seri Ayu
Bahan - bahannya :
4 biji telor
2 cawan gula halus
1 sudu besar ovelate
1/2 camca teh garam
bahan diatas harus dipukul hingga kembang sampai ringan macam buat kek tuuu pastu baru masukkan bahan dibawah ni
2 cawan santan pekat
3 cawan tepung gandum
1 sudu teh perasa pandan
1/2 sudu teh pewarna
pukul lagi sampai sebati dan sementara tu panaskan juga acuan yang dah di gris dengan minyak masak
1 cawan kelapa parut putih
2 sudu besar tepung jagung
1/2 camca teh garam
gaul bahan ni dan masukkan anggaran 1/2 sudu dalam acuan dan tekan dengan sudu pastu baru masukkan bancuhan tadi.. isi penuh dalam acuan ya.. kukus dalam 15 minit

Pau Inti Kelapa
Bahan - bahannya :
1 paket yis segera Mauripan
250ml air
50gm gula halus
rendam bahan diatas dalam 30 minit..
500gm tepung Pau / Hong Kong
2 sudu besar bread softener
2 sudu besar bread improver
40gm shortening
1 camca teh garam halus
gaul bahan ni dan masukkan bahan rendaman tadiii dan uli hingga sebati dan rehatkan dalam 2 jam hingga saiz menjadi 2 kali ganda.. selepas tu tumbuk untuk buang anginnya dan boleh start bentukkan doh dan isikan intinya.. rehatkan lagi 10 minit sebelum dikukus dalam 15 minit

Kueh Bom
Bahan - bahannya :
250gm tepung pulut
3 sudu besar tepung gandum
3 sudu besar tepung beras
garam dan air secukupnya
gaul dan bentukkan menjadi doh
Inti Kelapa :
kepalkan dahulu dan isikan dalam doh yang dah dibentuk tadi.. bulatkan dan golek atas bijan.. goreng dengan api yang perlahan..

Apam Gula Hangus
Bahan - bahannya :
1 cawan gula pasir
2 biji telor
1 cawan air
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 camca soda bikabonat
2 sudu besar susu pekat
2 sudu besar minyak masak
pukul telor dan gula hingga kembang dan campurkan bahan selebihnya.. panaskan acuan yang di gris minyak masak dan kemudian masukkan bancuhan ni anggaran 2/3 saiz acuan dan kukus 15 minit
Okey !!! Selamat Mencubaaa